Soal Jawab Pil Perancang Kecemasan
Kami menerima pelbagai soalan mengenai penggunaan pil perancang kecemasan. Dibawah adalah antara soalan serta jawapan yang sering ditanyakan berkenaan penggunaan pil perancang kecemasan.
1. Saya makan pil Postinor sedikit lewat (lebih dari 72 jam), adakah ia masih berkesan?
Pil perancang kecemasan paling efektif jika diambil secepat mungkin selepas seks berlaku. Melambatkan pengambilan pil perancang kecemasan menyebabkan keberkesanannya semakin berkurang. Jika anda masih dalam jangka waktu yang disyorkan (dalam masa 72 jam bagi pil perancang kecemasan Postinor dan Escapelle, dalam masa 120 jam bagi Ella), ambil pil dengan kadar segera. Ini kerana penggunaan pil selepas waktu disyorkan menyebabkan pil ini tidak lagi berkesan untuk mencegah kehamilan
2. Jika saya telah mengambil pil perancang kecemasan, bagaimana ingin tahu jika saya mengandung atau tidak? Perlu kah saya melakukan ujian pengesahan kehamilan sekarang?
Pil perancang kecemasan bertindak dengan melambatkan proses ovulasi. Jika ovulasi belum berlaku, pil perancang kecemasan akan melambatkan proses ini dari berlaku. Jika tiada ovulasi, maka tiada telor matang yang dikeluarkan oleh ovari. Jika tiada telor didalam rahim, maka proses persenyawaan oleh sperma dapat dielakkan. Walau bagaimanapun jika ovulasi telah pun berlaku dalam masa 24 jam sebelumnya, pil perancang kecemasan tidak akan berkesan. Jika anda mengambil juga pil perancang kecemasan, ia tidak akan memudaratkan, tetapi kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Pastikan anda mengira waktu haid yang sepatutnya pada bulan tersebut. Jika haid datang lewat lebih dari seminggu, laku kan ujian pengesahan kehamilan
3. Adakah terdapat cara lain yang boleh digunakan sebagai perancang kecemasan selain pil?
Ya, alatan perancang kehamilan IUD boleh digunakan sebagai perancang kecemasan bagi mencegah kehamilan jika ia dimasukkan dalam masa 120 jam selepas seks. Lebih awal IUD dimasukkan adalah lebih efektif. Alatan IUD mencegah persenyawaan antara sperma dan telor. Alatan IUD antara cara paling efektif menghalang kehamilan berlaku kerana kurang dari 1% wanita yang menggunakan IUD sebagai perancang kecemasan hamil. Bila telah dimasukkan, IUD mempunyai tahap keberkesanan lebih dari 99% mencegah kehamilan dan boleh digunakan sehingga 5 tahun
3. Selepas mengambil pil perancang kecemasan, saya mengalami haid lebih awal dari biasa. Adakah ini normal?
Ya, ini boleh berlaku. Haid datang lebih awal bermakna anda tidak hamil. Pil perancang kecemasan juga boleh menyebabkan haid datang sedikit lewat atau lebih lama dari biasa. Tetapi jika haid datang lewat lebih seminggu dari tarikh yang dijangkakan atau lebih ringan dari biasa, lakukan ujian pengesahan kehamilan segera
4. Saya tidak suka mengambil pil perancang harian. Boleh kah saya ambil pil perancang kecemasan beberapa kali sebulan?
Walaupun pil perancang kecemasan selamat diambil dan berkesan untuk mencegah kehamilan, penggunaan lebih dari dua atau 3 kali sebelum adalah tidak digalakkan. Jika anda mengambil pil perancang kecemasan agak kerap, adalah lebih baik untuk anda memilih perancangan keluarga yang lebih terjamin keberkesanannya seperti IUD, suntikan Depo atau Implanon. Kos pil perancang kecemasan juga adalah lebih tinggi. Penggunaan pil perancang yang kerap boleh menyebabkan kitaran haid terganggu dan risiko pendarahan tidak berjadual ('spotting') antara datang bulan. Anda juga mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih teruk seperti loya, muntah, sakit kepala dan sakit payudara
5. Saya masih menyusukan bayi, boleh kan saya mengambil pil perancang kecemasan?
Ya, anda boleh mengambil pil perancang kecemasan ketika menyusukan bayi. Sedikit hormon progesterone mungkin masuk ke dalam susu anda tetapi tidak membimbangkan. Ia juga tidak akan menganggu pengeluaran susu anda
6. Bagaimana kah cara untuk saya menukar kepada perancang kehamilan harian yang lebih efektif selepas mengambil pil perancang kecemasan?
Selepas penggunaan pil perancang kecemasan, anda boleh teruskan atau memulakan perancang kehamilan serta merta atau tunggu selepas haid yang akan datang. Anda mungkin memerlukan sandaran perancangan keluarga lain untuk 7 hari yang pertama bergantung kepada perancang kehamilan yang anda pilih. Bincangkan dengan lebih lanjut dengan doktor yang merawat anda. Jika anda memilih IUD sebagai perancang kecemasan, anda tidak memerlukan tambahan perlindungan sandaran lain
7. Saya telah mengambil pil perancang kecemasan sebaik selepas melakukan seks tanpa perlindungan. Esoknya saya telah melakukan sekali lagi seks tanpa perlindungan. Perlu kah saya ambil lagi pil perancang kecemasan?
Anda tidak lagi dilindungi dan memerlukan pil tambahan. Anda juga tidak dilindungi untuk hari lain dalam kitaran haid anda kerana pil perancang kecemasan hanya melewatkan ovulasi bukannya menghentikan terus ovulasi. Adalah lebih baik menghalang kehamilan dengan perancang kehamilan lain yang lebih terjamin
8. Bolehkah saya gunakan pil perancang kecemasan untuk menggugurkan kandungan?
Pil perancang kecemasan tidak akan menyebabkan keguguran bagi kehamilan yang telah berlaku dan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan ini
9. Saya muntah selepas mengambil pil perancang kecemasan. Perlukah saya mengambil lagi pil ini?
Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas pengambilan pil perancang kecemasan, ada risiko pil ini tidak berkesan. Adalah lebih baik untuk anda mengambil pil perancang kecemasan baru secepat mungkin
10. Adakah pil perancang kecemasan melindungi saya dari penyakit kelamin?
Tidak. Pil perancang kecemasan tidak melindungi daripada pelbagai jangkitan penyakit kelamin. Pastikan anda menggunakan kondom dan lakukan ujian saringan penyakit kelamin secara berkala
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pil perancang kecemasan, hubungi Klinik Temasya hari ini