Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Sakit semasa seks

By
Updated on:

Sakit semasa melakukan seks adalah salah satu perkara yang sangat merunsingkan dan boleh mengganggu keharmonian hubungan intim. Sakit semasa seks boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, sakit luaran dan dalaman. 

Kesakitan pada bahagian luaran semasa melakukan seks dirasai dibahagian luar bukaan kemaluan faraj dan vagina. Ia menyebabkan penetrasi mustahil tanpa rasa sakit. Ini disebabkan beberapa faktor seperti 'vaginismus', 'vulvodynia', penyakit kulit dibahagian kemaluan, jangkitan kuman dibahagian kemaluan dan 'imperforate hymen'.

Vaginismus adalah penguncupan luar kawalan otot pelvis yang mengawal vagina yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran melalukan hubungan penetrasi bersama pasangan kebiasaanya disebabkan ketakutan dan kerisauan. Vaginismus berlaku diluar kawalan badan dan wanita kebiasaanya tidak menyedari perkara tersebut. Ini menyebabkan ramai wanita tidak dapat menikmati penetrasi penuh ketika melakukan seks atau hanya disedari ketika ingin memasuki alatan seperti tampon atau kesakitan ketika diperiksa oleh doktor menggunakan spekulum vagina. 

Vulvodynia adalah kesakitan kronik dibahagian luar faraj tanpa apa-apa sebab selama paling kurang 3 bulan.Ia menyebabkan kepedihan dibahagian luar faraj dan bukaan vagina. Penyakit lain seperti jangkitan kulat pada vagina, penyakit kulit, dan juga kanser faraj mestilah diperiksa dan dikecualikan. 

Penyakit kulit kronik seperti eczema, psoriasis, 'lichen sclerosus' dan 'xerosis cutis' boleh menyebabkan kulit dibahagian faraj menjadi radang, kering, merekah dan pedih. Faktor seperti menyusu badan, penggunaan hormon seperti ubat perancang kehamilan dan putus haid (menopaus) juga boleh menyebabkan kulit dikawasan vagina dan faraj menjadi kering. Penggunaan sabun pencuci, air panas dan produk sulit wanita seperti sabun pencuci dan tuala wanita yang mengandungi wangian yang boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.

Imperforate hymen adalah keadaan dimana lapisan selaput dara atau hymen pada bukaan vagina masih tertutup. Kebiasaannya terdapat lapisan membran hymen yang nipis dengan bukaan lubang kecil ditengah pada bahagian dalam vagina. Jika selaput dara tidak terbuka sepenuhnya, ini boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan seks. Pembedahan kecil yang dipanggil 'hymenectomy' dilakukan untuk membuang lapisan selaput tersebut.

Sakit seks dalaman dirasakan didalam bahagian pangkal rahim dan pinggul atau dinamakan 'dyspareunia'. Kesakitan terasa semasa atau selepas berlakunya penetrasi penuh. Ini disebabkan beberapa faktor seperti endometriosis, radang organ pelvis atau PID, 'pelvic congestion syndrome' and masalah struktur dalaman organ pelvis. 

Endometriosis adalah sejenis penyakit dimana tisu tisu di bahagian dalam rahim atau 'endometrium' tumbuh di luar rahim. Endometriosis sering terjadi di kawasan ovari, tiub fallopian dan tisu yang merangkul pelvis anda. Tisu endometrium juga boleh terjadi di luar organ pelvis seperti di rektum dan pundi kencing. Ia nya menyebabkan kesakitan dibahagian bawah perut, ketidaksuburan, sakit ketika seks, haid dan semasa membuang najis dan air kencing. 

Pelvic inflammatory disease (PID) atau penyakit radang pelvis adalah disebabkan jangkitan penyakit kelamin pada bahagian peranakan seperti di rahim, tiub fallopio dan ovari. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kumpulan nanah ('abscess') dan jangka masa panjang ketidaksuburan, kandungan luar rahim, keputihan yang tidak normal, demam dan sakit ketika seks dan datang haid. 

Pelvic congestion syndrome adalah sakit dibahagian pinggung yang berlaku abila saluran urat darah yang dinamakan 'vein' membengkak dan saluran darah menjadi sesak. Ianya kerap berlaku kepada wanita yang telah bersalin lebih dari sekali. Ia mungkin bermula semasa mengandung dan menjadi lebih teruk ketika aktiviti sukan, berlari dan ketika melakukan hubungan seks. 

Masalah atau penyakit yang mengganggu struktur dalaman organ dibahagian pinggul seperti fibroid, rahim terbalik ('retroverted uterus'), adenomyosis atau kanser seperti ovari juga boleh menyebabkan kesakitan semasa seks.

Terdapat juga pelbagai lagi faktor lain yang boleh menyebabkan kesakitan semasa seks seperti masalah psikologi, stress yang berlebihan, kurang tarikan pada pasangan, masalah seksual seperti kurang nafsu seks, kurang rangsangan orgasm dan juga masalah hormon. Jika anda mengalamai kesakitan ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan, dapat kan nasihat dan rawatan diklinik kami untuk penilaian lanjut

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.