Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Sindrom pramenstruasi atau premenstrual syndrome (PMS)

By
Updated on:

Sindrom pra-menstruasi boleh didefinisi sebagai kumpulan gejala yang berlaku sebelum kedatangan haid dan kebiasaannya hilang selepas tamat haid. Ia nya berlaku pada 50–75% wanita. Gejala mungkin ringan dan tidak mengganggu akitiviti harian. ‘Premenstrual dysphoric disorders atau 'PMDD' merupakan keadaan dimana simptom pra-menstruasi boleh menjadi sangat teruk dan mengganggu aktiviti kehidupan harian. Sindrom pra-menstruasi terjadi disebabkan perubahan hormon yang dinamakan estrogen dan progesterone dalam badan.

Faktor penyebab pra-menstruasi tidak diketahui. Bagaimanapun, terdapat beberapa risiko penyebab termasuklah genetik, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan penggunaan dadah terlarang serta sejarah penyakit mental seperti, tekanan perasaan, kegelisahan melampau dan pengalaman trauma. 

Sindrom pra-menstruasi kebiasaannya bermula selepas ovulasi, semakin teruk apabila dekat kedatangan haid dan hilang selepas beberapa hari haid. Dari segi fizikal, terdapat beberapa perubahan seperti sakit dan bengkak payudara, jerawat, perut kembung, cirit atau sembelit, sakit perut, keletihan, penambahan berat badan dan kadangkala bengkak dan sembab dimuka dan kaki. 

Sindrom pra-menstuasi boleh mengganggu aktiviti harian dan sangat penting untuk berbincang dengan doktor yang berpengalaman tentang masalah wanita. Doktor anda mungkin perlu melalukan ujian darah untuk mengesan penyakit seperti tiroid dan anemia, saringan penyakit kelamin dan imbasan organ pelvis. Tidak ada satu ujian pengesahan untuk sindrom pra-menstruasi. Pengesahan hanya boleh dilakukan secara klinikal iaitu berdasarkan perubahan fizikal, psikologi dan emosi yang berlaku mengikut kitaran haid. Pesakit digalakkan untuk memiliki diari atau app untuk catatan perubahan  ketika haid agar dapat digunakan sebagai strategi untuk menangani perubahan yang akan berlaku

Antara rawatan yang biasa digunakan adalah penggunaan haba suam pada bahagian bawah perut, senaman ringan, yoga dan terapi ketenangan serta makanan tambahan seperti vitamin B6, calcium, magnesium dan lemak sihat yang dapat membantu mengurangkan simptom fizikal sindrom pra-menstruasi. Makanan yang mengandungi bijirin tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh melancarkan perjalanan usus dan mengurangkan kembung perut. Pengurangan garam dan makanan bergaram juga mengurangkan bengkak air serta pengurangan minuman seperti air gas dan kopi yang berlebihan dapat mengurangkan sakit senggugut. Adalah penting untuk wanita mendapatkan rehat yang cukup, mengelakkan aktiviti senaman berat dan mengurangkan tekanan ketika waktu perubahan hormon supaya badan dapat menghadapi perubahan hormon yang berlaku dengan kitaran haid. 

Jika kedatangan haid memberi kesukaran untuk anda menghadapi rutin harian, dapatkan nasihat doktor.  Sindrom pra-menstruasi boleh dilega kan dengan penggunaan ubat tahan sakit, pil perancang dan ubat tekanan perasaan (‘anti-depressant’). Doktor yang merawat akan memberi nasihat lanjut rawatan yang sesuai berdasarkan faktor umur, kesihatan dan juga perancangan kehamilan anda. 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.