Ujian saringan kanser usus
Kanser usus adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia. Ia boleh terjadi dimana-mana bahagian usus kolon dan rektum. Kanser melibatkan usus disebelah kiri adalah lebih lazim berlaku. Kanser usus mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala diperingkat awal. Kebanyakan kanser usus bermula daripada pembentukan polip iaitu pengumpulan sel tidak normal dilapisan dalam usus yang kemudiannya membesar dan bertukar menjadi kanser. Perubahan yang perlahan dari polip kepada kanser memberi peluang untuk ujin saringan dilakukan bagi mengenalpasti awal kanser sebelum menjadi parah
Antara gejala kanser usus adalah perubahan baru tabiat membuang najis contohnya seperti cirit-birit atau sembelit, sakit semasa membuang najis, pembuangan najis tidak lawas, darah segar atau lendir pada najis, perubahan warna najis (kehitaman), bengkak pada perut, kerap sakit perut, saiz perut yang semakin membesar, mudah rasa penat, kurang selera makan, turun berat badan dan kurang darah (anaemia) dalam ujian darah. Bagi pesakit yang mempunyai gejala seperti ini, ujian lanjut kolonoskopi perlu lah dilakukan dengan kadar segera
DIsebabkan kanser usus jarang menyebabkan gejala diperingkat awal, ujian saringan perlu lah dilakukan walaupun tidak mengalami sebarang gejala bagi pesakit yang memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu tiada sebarang gejala, tiada sejarah keturunan kanser usus dan berusia 50 tahun ke atas. Ujian saringan yang perlu dilakukan adalah ujian faecal occult blood test (FOBT). Jika positif, ujian lanjutan seperti kolonoskopi perlu dijalankan. Jika negatif, ujian saringan perlu lah dijalan kan setiap tahun sehingga usia 75 tahun
Jika terdapat risiko tinggi seperti sejarah keturunan kanser usus (ahli keluarga disahkan menghidapi kanser usus semasa umur kurang 60 tahun), ujian kolonoskopi perlu lah dilakuan semasa umur 40 tahun atau ketika umur 10 tahun lebih muda berbanding ahli keluarga yang mempunyai kanser usus tersebut (pilih yang mana lebih muda). Jika normal, lakukan ujian setiap 3 hingga 5 tahun dan berhenti melakukan ujian saringan apabila telah mencapai usia 75 tahun. Rujukan awal kepada pakai pembedahan usus perlu dilakukan bagi pesakit yang berisiko tinggi lain seperti mempunyai sindrom kanser keturunan dan penyakit keradangan usus (IBD)
Kolonoskopi adalah pemeriksaan visual usus besar. Selain itu ujian biopsi (tisu bahagian badan yang hendak diperiksa diambil untuk dihantar ke makmal) dan pembuangan polip akan dilakukan pada masa yang sama. Sebelum ujian kolonoskopi, doktor akan menyuruh anda mengambil ubat lawas bagi membersihkan usus. Ini bagi membolehkan pemeriksaan visual dilakukan dengan mudah tanpa halangan najis dalam ruang usus. Pesakit juga akan dibius separa sedar dan badan diposisikan di sebelah kiri. Semasa proses kolonoskopi, tiub panjang dengan kamera dihujungnya akan dimasukkan ke dalam usus. Kolonoscopi adalah prosedur selamat dengan risiko pendarahan dan kebocoron usus jarang berlaku
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan usus atau kanser usus, datang lah berjumpa doktor kami untuk maklumat lanjut