Klinik Temasya Klinik Temasya
  • Latest Promotion
    • Primary Care
    • Ultrasound Scan
    • Health Screening
  • Women's Health
  • Men's Health
    • Primary Care Medicine
    • Women's Health
    • Men's Health
    • HIV and STD
    • Sexual Health
    • Skin Hair & Nail Health
    • Mental Health
    • BLOG (VERSI BM)
    • Explore
  • Panels
    • About Us
    • Location
    • WhatsApp Us
    • Careers
BLOG (Versi BM)

Kemurungan - kesedihan biasa atau gangguan mental?

By Dr. Ayu Hasida Hassan • Jul 18th 2021 •
Updated on: Jun 2nd 2022
Kemurungan atau depresi adalah gangguan mental paling lazim berlaku didunia. Ia boleh digambarkan sebagai perasaan sedih dan kehilangan minat dan semangat secara berterusan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang itu. Ia berbeza dengan perubahan emosi dan perasaan yang biasa dialami setiap hari. Kemurungan boleh menyebabkan pelbagai perubahan fizikal dan emosi yang boleh menjejaskan kebolehan seseorang itu untuk berfungsi dan menjalani kehidupan dengan baik samaada dirumah mahu pun ditempat kerja
 
Gejala kemurungan berbeza dan ia mungkin tidak teruk bagi sesetengah pesakit. Bagaimana pun ia boleh menjadi sangat teruk dan berterusan dan ia mestilah menunjukkan terdapat pebezaan dari yang sebelumnya. Gejala kemurungan adalah:
  • Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempuh dua minggu 
  • Hilang minat atau keseronokan melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya
  • Perasaan dan pemikiran negatif seperti rasa bersalah atau rasa diri tidak berguna
  • Kurang tenaga dan mudah penat 
  • Kurang selera makan atau makan dengan lebih banyak dari biasa menyebabkan berat badan turun atau bertambah 
  • Sukar fokus
  • Kesukaran untuk tidur atau tidur lebih lama
  • Peningkatan aktiviti fizikal tiada tujuan (contohnya tidak duduk diam, kerap mundar-mandir) atau pergerakan dan percakapan menjadi perlahan 
  • Berfikir atau mempunyai berkeinginan untuk mati, membuat perancangan untuk membunuh diri
 
Bagaimana pun terdapat ramai juga pesakit yang mengalami kemurungan mengalami gejala fizikal tidak jelas yang tidak dapat diterangkan seperti sakit perut, sakit belakang, sembelit, sukar tidur, cepat penat, sakit tengkuk, sakit kepala, pusing kepala dan lemah 
 
Terdapat pelbagai cabaran dan peristiwa menyedihkan yang boleh terjadi dalam kehidupan contohnya kematian orang yang disayangi, putus hubungan, masalah kewangan atau kehilangan pekerjaan. Adalah normal untuk seseorang itu merasa sedih apabila ini terjadi. Merasa sedih tidak sama dengan mengalami kemurungan. Perasaan sedih adalah semulajadi dan unik serta berbeza bagi setiap orang. Kesedihan dan kemurungan berkongsi beberapa persamaan seperti perasaan sedih dan kurang minat untuk melakukan aktiviti harian. Kesedihan dan kemurungan boleh berlaku pada waktu yang sama tetapi kemurungan berlaku apabila kesedihan berpanjangan dan berlaku setiap hari dalam tempuh lebih dari dua minggu disertai dengan gejala negatif lebih teruk seperti rasa bersalah, rasa tidak guna dan keinginan untuk membunuh diri
 
Seramai 80-90% pesakit yang mengalami kemurungan mengalami kelegaan dari simptom mereka apabila menerima rawatan. Selain itu amalkan gaya hidup sihat seperti mendapat tidur yang cukup, pemakanan sihat, kerap bersenam serta elakkan pengambilan minuman keras 

Kemurungan bukanlah penyakit lemah mental. Kemurungan adalah penyakit benar dan terdapat rawatan tersedia bagi penyakit ini. Terdapat stigma tinggi dikaitkan dengan penyakit mental. Ramai yang risau dan malu untuk mendapatkan rawatan awal kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif pada prospek kerjaya atau hubungan peribadi mereka. Dengan rawatan dan terapi psikologi yang tepat, ramai orang telah berjaya menangani kemurungan serta  menjalani kehidupan normal. Jika anda atau orang yang anda sayangi mengalami gejala kemurungan, berjumpa lah dengan doktor kami untuk ujian dan rawatan lanjut

← Previous (Jangan abaikan kesihatan mental) Next (Gangguan tidur insomnia) →

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.

    Related Posts:

  • Kencing manis (diabetes jenis 2)

    Penyakit kencing manis adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah…
  • Tekanan darah tinggi (Hipertensi) 

    Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah risiko kesihatan besar dan seramai 1 daripada 3 rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas menghidapi masalah tekanan darah…
  • Jangkitan kulat di vagina

    Apakah gejala jangkitan kulat divagina? Jangkitan kulat di vagina atau 'vaginal candidiasis' sangat lazim terjadi pada wanita. Ia menyebabkan kegatalan dibahagian faraj and vagina terutama…
    Klinik Temasya Klinik Temasya

    B1-G-09, Perniagaan Temasya 8

    Jalan Doktor U1/67, Seksyen U1

    40150 Shah Alam, Selangor

    Google Map Location
    • Facebook
    • Instagram
    • Twitter

    Opening Times

    Monday to Friday:

    9:00am to 8.00 pm

    (1pm 1 hour break)

    Saturday:

    9:00am to 1:00pm

    Closed on Sunday

    Our Services

    • GP Service
    • Women's Health
    • Men's Health
    • Health Screening
    • Ultrasound Scanning

    Links

    • About Us
    • Latest Promotion
    • Explore Blog
    • Careers

    Contact Us

    • [email protected]
    • 03-50375368
    • Google Map Location

    DR. AYU & PARTNERS PLT (202104001643 (LLP0028273-LGN)) Back To Top

    ALL RIGHTS RESERVED © 2023 KLINIK TEMASYA