Klinik Temasya
  • Latest Promotion
  • GP Services
    • Ultrasound Services
    • Health Screening
  • Women's Health
  • Men's Health
  • Blog
    • Primary care medicine
    • Women's Health
    • Men's Health
    • HIV and STD
    • Sexual health
    • Skin hair and nail health
    • Mental health
    • BLOG (VERSI BM)
  • Panels
  • About Us
  • Contact Us
BLOG (versi BM)

Kemurungan - kesedihan biasa atau gangguan mental?

Dr. Ayu Hasida Hassan

Kemurungan atau depresi adalah gangguan mental paling lazim berlaku didunia. Ia boleh digambarkan sebagai perasaan sedih dan kehilangan minat dan semangat secara berterusan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang itu. Ia berbeza dengan perubahan emosi dan perasaan yang biasa dialami setiap hari. Kemurungan boleh menyebabkan pelbagai perubahan fizikal dan emosi yang boleh menjejaskan kebolehan seseorang itu untuk berfungsi dan menjalani kehidupan dengan baik samaada dirumah mahu pun ditempat kerja
 
Gejala kemurungan berbeza dan ia mungkin tidak teruk bagi sesetengah pesakit. Bagaimana pun ia boleh menjadi sangat teruk dan berterusan dan ia mestilah menunjukkan terdapat pebezaan dari yang sebelumnya. Gejala kemurungan adalah:
  • Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempuh dua minggu 
  • Hilang minat atau keseronokan melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya
  • Perasaan dan pemikiran negatif seperti rasa bersalah atau rasa diri tidak berguna
  • Kurang tenaga dan mudah penat 
  • Kurang selera makan atau makan dengan lebih banyak dari biasa menyebabkan berat badan turun atau bertambah 
  • Sukar fokus
  • Kesukaran untuk tidur atau tidur lebih lama
  • Peningkatan aktiviti fizikal tiada tujuan (contohnya tidak duduk diam, kerap mundar-mandir) atau pergerakan dan percakapan menjadi perlahan 
  • Berfikir atau mempunyai berkeinginan untuk mati, membuat perancangan untuk membunuh diri
 
Bagaimana pun terdapat ramai juga pesakit yang mengalami kemurungan mengalami gejala fizikal tidak jelas yang tidak dapat diterangkan seperti sakit perut, sakit belakang, sembelit, sukar tidur, cepat penat, sakit tengkuk, sakit kepala, pusing kepala dan lemah 
 
Terdapat pelbagai cabaran dan peristiwa menyedihkan yang boleh terjadi dalam kehidupan contohnya kematian orang yang disayangi, putus hubungan, masalah kewangan atau kehilangan pekerjaan. Adalah normal untuk seseorang itu merasa sedih apabila ini terjadi. Merasa sedih tidak sama dengan mengalami kemurungan. Perasaan sedih adalah semulajadi dan unik serta berbeza bagi setiap orang. Kesedihan dan kemurungan berkongsi beberapa persamaan seperti perasaan sedih dan kurang minat untuk melakukan aktiviti harian. Kesedihan dan kemurungan boleh berlaku pada waktu yang sama tetapi kemurungan berlaku apabila kesedihan berpanjangan dan berlaku setiap hari dalam tempuh lebih dari dua minggu disertai dengan gejala negatif lebih teruk seperti rasa bersalah, rasa tidak guna dan keinginan untuk membunuh diri
 
Seramai 80-90% pesakit yang mengalami kemurungan mengalami kelegaan dari simptom mereka apabila menerima rawatan. Selain itu amalkan gaya hidup sihat seperti mendapat tidur yang cukup, pemakanan sihat, kerap bersenam serta elakkan pengambilan minuman keras 

Kemurungan bukanlah penyakit lemah mental. Kemurungan adalah penyakit benar dan terdapat rawatan tersedia bagi penyakit ini. Terdapat stigma tinggi dikaitkan dengan penyakit mental. Ramai yang risau dan malu untuk mendapatkan rawatan awal kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif pada prospek kerjaya atau hubungan peribadi mereka. Dengan rawatan dan terapi psikologi yang tepat, ramai orang telah berjaya menangani kemurungan serta  menjalani kehidupan normal. Jika anda atau orang yang anda sayangi mengalami gejala kemurungan, berjumpa lah dengan doktor kami untuk ujian dan rawatan lanjut

This article was updated on June 2, 2022

Share this:

    Tags:
    BLOG (versi BM)

Dr. Ayu Hasida Hassan

View all posts

Previous Post

Jangan abaikan kesihatan mental

Next Post

Gangguan tidur insomnia

Related posts

Resdung, rhinitis alahan atau masalah sinus? 

November 17, 2021

Gangguan tidur insomnia

July 18, 2021

Gangguan hormon tiroid berlebihan

July 18, 2021

Please get in touch for any enquiries and appointments.

Contact Us

Contact Us

Whatsapp: 018-2322528

Call: 03-50375368

Email: [email protected]

Location

B1-G-09, Perniagaan Temasya 8,

Jalan Doktor U1/67, Seksyen U1

40150, Shah Alam, Selangor

Google Map Directions

Opening Time

Monday to Friday

9:00 am to 8.00 pm



Saturday

9:00 am to 1:00 pm



Closed on Sunday

Links

Home

Blog (Versi BM)

Latest Promotion

GP Services

Women's Health

Men's Health

Blog

Panels

About Us

Contact Us

WhatsApp Us
Klinik Temasya by Dr. Ayu & Partners PLT (202104001643 (LLP0028273-LGN)) © 2022. All rights reserved.