Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Pil perancang kecemasan

By
Updated on:

Baca bahagian kedua: "Soal Jawab Pil Perancang Kecemasan"

Pil perancang kecemasan atau 'morning-after pills' adalah cara pencegahan kehamilan selepas berlakunya seks tanpa perlindungan atau apabila ada risiko kegagalan perancang kehamilan yang lain seperti kondom koyak atau terlupa untuk mengambil pil perancang kehamilan biasa. Terdapat dua jenis pil perancang kecemasan yang ada di Malaysia iaitu Levenogestrel (seperti Postinor-2 dan Escapelle) dan Ulipristal (seperti Ella). Postinor-2 dan Escapelle perlu diambil dalam masa 72 jam (atau 3 hari) dan Ella pula mestilah diambil dalam masa 120 jam (atau 5 hari) selepas berlakunya seks. Lebih awal pil diambil, lebih bagus keberkesanannya.

Pil perancang kecemasan bertindak menghentikan proses ovulasi atau persenyawaan serta menghalang penempelan telor yang telah disenyawakan kedinding rahim. Pil perancang kecemasan bukan lah pengganti perancang kehamilan lain. Pil perancang kecemasan mempunyai 90% keberkesanan jika diambil secepat mungkin.

Antara kesan sampingan lazim pil perancang kecemasan adalah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah kepenatan melampau, sakit pada payudara dan pendarahan haid yang tidak teratur. Jika anda muntah dalam tempoh 2 jam selepas mengambil pil perancang kecemasan, ini bermaksud ianya tidak berkesan dan anda perlu lah mengambil pil perancang kecemasan tambahan secepat mungkin. Untuk mengelakkan loya dan muntah, ambil pil selepas makan.

Pendarahan yang tidak normal boleh berlaku selepas mengambil pil perancang kecemasan. Haid mungkin datang lebih awal dari biasa atau mungkin lewat seminggu. Kebanyakannya, haid datang dalam masa beberapa hari dari tarikh yang dijangka kan. Jika haid anda lewat lebih dari seminggu atau lebih ringan dari biasa, lakukan ujian kehamilan untuk memastikan anda tidak hamil

Anda juga digalakkan untuk melakukan ujian saringan penyakit kelamin terutamanya jika hubungan seks tersebut berisiko tinggi. Pil perancang kecemasan tidak akan memberi perlindungan daripada kehamilan pada waktu yang seterusnya. Justeru itu anda hendaklah menggunakan pil perancang lain yang lebih terjamin seperti pil perancang biasa, suntikan hormon Depo, IUD dan lain -lain bagi mengelakkan kehamilan.

Baca bahagian kedua "Soal Jawab Pil Perancang Kecemasan"

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.